azlin azira-202118, noranida-202104

B

Friday, January 22, 2010

masalah pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 luar bandar

masalah pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris di kalangan pelajar ting 2 luar bandar..eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf
sila komen jurnal ini...
Artikel ini yang bertajuk Masalah pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar yang dilakukan oleh Nor Hasniza Ibrahim dan Meor Ibrahim Kamaruddin daripada Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Umum mengetahui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Ini kerana kerajaan menyedari penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Cadangan penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik dibuat untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-kedua mata pelajaran tersebut.
Namun begitu, bagi pelajar luar bandar kesukaran menguasai Matematik telah menyebabkan pelajaran ini menjadi kebimbangan di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila pengajaran dan pembelajaran di tukar kepada bahasa Inggeris. Jadi banyak kajian telah di jalankan untuk mengkaji masalah ini dan ia mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan pelajar yang dipaksa mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian yang di laksanakan juga mendapati kegagalan berlaku bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk belajar Sains dan Matematik tetapi kerana mereka gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Terdapat perbandingan prestasi pelajar menengah serta sekolah rendah di kawasan bandar mengatasi luar bandar dalam pencapaian kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

4 comments:

shamtina said...

Assalamualaikum...
pada pendapat saya,kerajaan mengadakan satu sistem pembelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Namun,pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris telah mendatangkan masalah terutamanya dikalangan pelajar di luar bandar.Hakikatnya kerajaan bertujuan untuk memberi kebaikan kepada semua pihak tetapi tahap pelaksanaaan yang dijalankan tidak tepat. Sepatutnya ia dijalankan secara berperingkat dalam memastikan kejayaan dapat terlaksana.

Zalina Hassan Zamri said...

zalina hassan @ zamri (202144)
PPSMI haruslah dihapuskan memandang ia tidak adil terhadap pelajar yang berada di luar bandar. Pelajar yang berada diluar bandar kurang terdedah terhadap penggunaan bahasa Inggeris. sedangkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sendiri pelajar tidak dapat memberi tumpuan, inikan pula matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

MINIE'S BLOG said...

PPSMI sebenarnya adalah usaha kerajaan yg sgt sesuai bg melahirkan para pljr yg kreatif, kritis & inovatif serta meningkatkan lg taraf pendidikan di negara ini sendiri, MALAYSIA. PPSMI ada +ve &-ve. +venya melahirkan pljr yg blh menguasai BI sekaligus bijak MATH & SCIENCE. BUT, -venya.., pljr kt lr bndr mostly x fhm sgt BI. So, dlm dah teror Math & Science tiba2 xpandai disebabkn Dh alih pd Bahasa Inggeris. ni Yg jd byk yg x melepasi target bila exam.

Setelah bertahun2 dilaksanakan, akhirnya nk dimansuhkn. Rugi rsnya bila difikirkn, tapi apapn alasan kita x dapat menegakkan benang yang basah. So, untuk kepentingan kita bersama ianya satu inisiatif kerajan untuk memartabatkan bahasa ibunda kita BAHASA MALAYSIA, kerana kita adalah warganegara MALAYSIA.

nisfarina (202129) said...

salam....matematik adalah pelajaran yang sukar ditambah lagi sekiranya diajar dalam bahasa inggeris... masalah ini lebih meruncing kepada pelajar di luar bandar...banyak faktor ynag perlu dipertimbangkan semula dengan pelaksanaan matematik dalam bahasa inggeris....